Keahlian dibuka kepada semua : Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia dan lain-lain negara
Darah Tinggi Tairoid Hilang berat badan Sakit Kulit Kronik Buasir Lemah & Lesu

   
 

TESTIMONI PENGGUNA

 
Anda sangat dialu-alukan mengirimkan email pengalaman anda setelah menggunakan produk Bio-Asli, Email yang sesuai akan disiarkan di halaman web ini dan pihak syarikat akan memberi hadiah istimewa kepada email yang terpilih. Kami juga akan merasiakan latar belakang anda jika diminta-Terima Kasih.
 

Sakit Kulit -Serangan kulat yang kronik

 

Nama : Normala Bt Hassan

Alamat : Sg.Tengar, Sabak Bernam, Sel.

Penyakit : Sakit kulit yang teruk.

Gambar: Besar 1

Gambar: Besar 2

Gambar: Besar 3

Tangan Kanan

Gambar : Besar B

Tangan kiri

             Penyakit yang di alami oleh saya merupakan sakit kulit yang teruk pada tangan dan badan, di mana kulit saya menjadi merah, merekah dan bersisik, saya juga mengalami kegatalan yang melampau dan apabila di garu kulit menjadi luka dan berdarah, malahan kekeringan kulit tersebut juga menjadikan kulit saya seolah-olah berdebu. Keadaan itu mengakibatkan kulit kelihatan agak menjelekkan.Bagi sesiapa yang melihat pada kali pertama pasti menyangkakan saya mengalami kecacatan kulit yang azali. Saya terpaksa menjemur tilam dan menggantikan cadar hampir setiap hari kerana apabila bangun dari tidur, hama yang jatuh dari kulit saya bertaburan seperti ular yang bersalin kulit. Penyakit yang saya alami menyukarkan saya untuk melakukan kerja harian, malahan ianya turut menggangu hubungan intim saya dan suami.

Buat makluman anda, symptom ini bermula pada 01/05/07 di mana saya mengalami kegatalan pada kulit tangan dan badan, symptom ini menyebabkan saya tidak selesa akibat kegatalan yang memeritkan.

            Di sebabkan itu saya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik berhampiran, pada peringkat awal rawatan, pihak klinik hanya memberikan ubat untuk di minum dan disapu, akibat kegatalan yang  tidak berkurangan, pihak klinik memberi injectsion pada rawatan yang seterusnya.

            Akibat daripada penyakit yang semakin teruk, saya mendapatkan rawatan di klinik pakar sakit kulit swasta berhampiran, di sana saya juga diberi ubat untuk disapu,di minum dan injection. Namun ianya seolah-olah tidak memberikan sebarang kesan pada penyakit yang di hidapi. Saya meneruskan rawatan di hospital kerajaan, menurut doktor, saya mengalami alergik dari sejenis kulat, alergik itu mendatangkan kegatalan, kulit kering dan apabila di garu ianya membawa kepada luka kecil yang memeritkan, kekeringan yang teruk menyebabkan kulit bersisik dan berdebu. Pihak hospital juga hanya memberikan ubat dan injection sepanjang 3 sesi rawatan di sana.

            Setelah berputus asa dengan rawatan moden saya mencuba petua-petua tradisional, kesannya tetap sama. Atas pandangan rakan-rakan saya pergi mendapatkan rawatan dari bomoh, hasil dari pertemuan dengan bomoh2 tersebut, mereka mengatakan punca yang sama iaitu terkena buatan orang, setelah di mandikan dengan pelbagai campuran air dan memperasap kemenyan pada setiap kali waktu senja, kulit saya tetap pada keadaan yang sama.

Pada suatu hari, pihak desaku telah memanggil saya untuk datang ke syarikat, setelah mendengar rentetan kisah penyakit yang saya alami, pihak syarikat bermurah hati untuk memberikan sebotol percuma minyak kelapa dara pure (VCOP) untuk di cuba oleh saya., pihak syarikat menyarankan kapada saya agar meminum minyak tersebut 3 kali sehari dengan sukatan 1 sudu teh, minyak tersebut juga perlu kerap disapu untuk memastikan kulit tidak kering.

Pada minggu pertama penggunaan VCOP tersebut, saya mengalami gatal-gatal & pembengkakan pada kulit, pembengkakan itu menyebabkan kulit menjadi tegang, merekah dan sakit. Pada minggu ke dua, rasa gatal di kulit saya makin berkurangan dan tiada lagi kulit bersisik & berdebu. Pada minggu ketiga luka di kulit saya  semakin pulih dan tiada lagi rasa gatal. Pada minggu ke empat kesan parut akibat luka semakin hilang. Keadaan ini mengembirakan saya sekeluarga kerana aktiviti harian saya boleh di lakukan seperti biasa.Sehingga kini, saya terus menggunakan produk tersebut di samping menjaga pemakanan dan gaya hidup seharian.

 

Kes : Sakit Tairod pada leher

 

Nama : Anuar bin Salim

Alamat : Kg.Sg.Limau, Sg.Besar

No Tel : 0132410172

Penyakit : Tiroid

Saya pernah menghidapi sakit tiroid dan baru saja selamat melakukan pembedahan, setelah di benarkan pulang saya mengalami kegatalan di leher tatkala berpeluh, saya juga sukar untuk menelan makanan kerana kegatalan turut menyerang anak tekak saya,

Pada mulanya saya menyangkakan itu adalah kesan positif pembedahan, apabila kegatalan tidak berkurangansaya mula tertanya-tanya adakah saya sendiri yang tidak mengikut saranan doktor.

Akibat kegatalan yang berterusan walaupun telah mengikut nasihat pakar,  saya pergi ke desaku untuk mendapatkan produk Bio-asli iaitu Minyak Kelapa Dara + H.Sauda (VCOHS) yang dengarnya amat baik untuk kesihatan dalaman mahupun luaran Selepas minum VCOHS sebanyak 2 kali sehari dengan sukatan 1 sudu teh serta menyapu sedikit di kawasan yang bermasalah,  kegatalan di leher saya semakin berkurang dan lama kelamaan ianya menjadi pulih, malahan saya menjadi lebih bertenaga.Kini, saya merupakan salah seorang pembeli bulanan yang setia.

 

Kes : Sakit Darah Tinggi & Sakit Kepala

 
Nama : Melvyn Colin ivan Storer
Alamat : 7 Apple grove Orchard Rood Hook Surrey
              KT9 1BE England UK

Masalah Kesihatan : Tekanan Darah Tinggi dan sakit kepala

Saya mengalami masalah tekanan darah tinggi dan sakit kepala . Apabila saya melancong ke Malaysia, seorang rakan baik saya telah menceritakan tentang kelebihan Minyak Kelapa Dara yang sangat hebat tanpa sebarang campuran bahan kimia, dadah mahupun bahan pengawet. Apabila saya melayari website antara bangsa ,memang benar Minyak Kelapa Dara ini telah lama diamalkan oleh masyarakat Eropah dan Amerika malahan telah dicampurkan dengan bahan tertentu supaya ianya lebih sedap dan senang digunakan . Oleh itu saya memilih yang "original" produk minyak kelapa dara keluaran Bio-Asli.  Saya datang terus ke ibu pejabat syarikat untuk mendapatkan keterangan produk dari En. Ishak . Kali pertama meminumnya saya rasa agak pening kepala, lama kelamaan rasa seperti biasa sahaja. Secara pribadi apa yang saya ingin katakan ialah " Minyak Kelapa Dara Bio-Asli adalah tulen dan ianya sangat baik untuk kesihatan kita.

 

 

Kes : Badah rasa lemah jadi cergas

 

NAMA                :    TUKIRAN BIN RAHANI

ALAMAT             :    SIMPANG EMPAT B.N.O,

                              45200 SABAK BERNAM,SELANGOR D.E.

NO. TELEFON     :    019 � 391 8278

PRODUK             :    MINYAK KELAPA DARA + HABBATUS SAUDA�

 PERAKUAN     :    Saya adalah seorang krew produksi perfileman tempatan, dan penglibatan saya dalam industri tersebut kini telah mencapai belasan tahun. Memandangkan tugas sebagai salah seorang krew, dan jadual penggambaran yang agak padat saya selalu keletihan, kekurangan tenaga dan sering kehilangan tumpuan.

 Tiga tahun kebelakangan ini saya selalu mengalami sakit badan. Diwaktu bangun tidur, bahagian kaki, terutamanya tumit terasa amat perit dan menyakitkan. Saya terpaksa mengambil masa dua tiga minit untuk menstabilkan dan meredakan sakit, sebelum boleh bergerak. Manakala selepas habis waktu kerja atau sebarang aktiviti riadhah seperti bermain bola, seluruh badan saya terasa sengal-sengal dan sakit dibahagian sendi-sendi.

 Mengambil beberapa produk jenama lain sebelum mencuba menggunakan produk minyak kelapa dara Bio-Asli. Menakjubkan��selepas mencuba minyak kelapa dara Bio-Asli, saya dapat rasakan bahawa semua gejala sakit yang saya alami semakin berkurangan. Badan terasa ringan dan pergerakan rasa lebih selesa.  Paling menggembirakan ada tanda-tanda berat badan saya semakin berkurang. Kini, saya sebagaimana juga pengguna lain sebelum ini yakin bahawa minyak kelapa dara Bio-Asli sesuai dan serasi dengan saya. InsyaAllah saya tidak akan berubah arah kepada produk lain.

Saya juga bersungguh-sungguh menaja downline sebanyak mungkin (Keahlian free) dan kini dalam masa yang singkat bilangan downline mencecah ratusan orang dan pendapatan saya dari program ini berbaloi, yang paling penting modal permulaan sekali sahaja cuma RM30.00 dari belian barang Bio-Asli.

 Saya dan ribuan pengguna lain telah mencuba dan mendapat khasiat serta manafaat, anda pula bagaimana��..? Hubungi saya jika anda berminat berkerjasama menjayakan program yang mudah ini. Tukiran 019-391 8278

 

 

KES : SAKIT-SAKIT BADAN  DAN BUASIR

 

 

PROJEK KHAS                     : MENGUJI KHASIAT & KEUPAYAAN PENYEMBUHAN

                                         PRODUK Bio-Asli Desaku.

 PRODUK  UJIAN                  : MINYAK KELAPA DARA  + HABBATUS SAUDA�

                                         (VCO+HABBATUS SAUDA�)

 PENERIMA  RAWATAN         : EN. MASHOAD BIN MOHAMED
                                                  (013-6601383)

 ALAMAT                           : JALAN HJ. SHUKUR, NO. 4, PPRT SG.TENGAR

                                         UTARA, 45100 SG AIR TAWAR,

                                         SABAK BERNAM, SELANGOR D.E.

 MASALAH DIHADAPI           :  SAKIT-SAKIT BADAN  DAN SENDI

 

 

 RINGKASAN MASALAH YANG DIHADAPI  :

 Bekerja di kebun kelapa dengan berbagai tugas sejak dari usia remaja. Semenjak enam tahun terakhir ini, bersama dengan isteri, beliau membuka industri kecil (membuat biskut) untuk musim-musim perayaan, disamping masih lagi melakukan kerja-kerja dikebun kelapa. Dengannya beliau menyara anak-anak seramai 2 orang dan seorang isteri. 

Sekitar pertengahan tahun 2006, beliau mengalami sedikit masalah kesihatan, cepat letih dan kurang bermaya untuk bekerja di kebun. Di waktu tertentu beliau terpaksa tidak pergi ke kebun kerana tidak bertenaga dan hilang semangat. Dengan umur beliau yang kian meningkat, beliau pada mulanya beranggapan bahawa masalah tersebut adalah gejala peningkatan usia tua. Banyak jenis ubat yang telah dicuba. Akhirnya mencuba Minyak kelapa dara + habbatus sauda� Bio-Asli, DesaKu.

 Sesuatu yang agak memeranjatkan, pada minggu pertama mengkonsumsi minyak kelapa dara + habbatus sauda�, beliau mengalami pendarahan semasa membuang air besar. Bagaimanapun beliau masih meneruskan mengkonsumsi minyak berkenaan, botol pertama. Dalam minggu kedua, pendarahan tidak berlaku lagi. Apa yang menggembirakan beliau, tenaga dan semangat beliau kembali datang, dan beliau mampu bekerja kuat dikebun dan dengan waktu yang panjang. 

Sekarang masih mengkonsumsi minyak kelapa dara + habbatus sauda�. Beliau dan juga kami di Desaku  berharap agar kesihatan beliau berterusan dengan asbab khasiat minyak kelapa dara + habbatus sauda�, khazanah dari alam ciptaan Tuhan. Jika anda ingin keterangan lanjut bolehlah hubungi saya 013-6601383.

 

 

Penyakit : Buasir

 

Nama : Dirasiakan

Alamat : Jln Kebun Klang Sel

Saya telah menghidapi penyakit ini sejak 5 tahun yang lalu, mengikut pakar kesihatan, membuang air besar setiap hari terutamanya di waktu pagi memang di galakkan untuk memastikan kesihatan tubuh kita, ini kerana toksid dalam badan dapat di keluarkan ketika proses perkumuhan berlaku. Namun bagi saya ianya seumpama mimpi ngeri  kerana saya terpaksa mengalami kesakitan ketika membuang air besar..

Saya pernah mendengar petua bagi memudahkan kita membuang air besar ialah dengan meminum minyak, untuk meminum minyak yang sedia ada saya terpaksa berfikir 2 kali kerana bimbang dengan kadar kolestrol yang terdapat dalam minyak masak, akhirnya setelah membaca parincian mengenai kandungan minyak kelapa dara keluaran Bio-Asli, saya mengambil keputusan untuk mencuba produk tersebut. Syukur kehadrat illahi kerani panyakit saya sudah pulih. Saya tetap meneruskan amalan meminum Minyak Kelapa Dara + H.Sauda (VCOHS) sehingga kini, kerana selain dari memulihkan penyakit buasir, sistem imunasi tubuh saya juga menjadi bertambah baik.

Setelah mengalami hasil yang memuaskan saya turut mengesyorkan kepada seorang m.cik dimana menantunya juga menghadapi masalah yang sama, selepas beberapa minggu, m.cik tersebut telah menghubungi saya untuk mengucapkan terima kasih.

 

 

Kes : Kurang selera makan dan badan terasa lemah.

 

Nama : Utz Samsudin B Hj. Sakawi @Hj. Abd Hamid

Alamat : No 55 Batu 61 Sg. Lias 45300 Sg. Besar Selangor

Umur :65 Tahun

 

 Ustad Samsudin dilahirkan pada tahun 1942 di Sg Besar.  Dalam usia mencecah 60-an beliau mengalami masalah sakit dada @ kesukaran untuk bernafas. Beliau juga sering pengsan & pitam. Akibat daripada kejadian pitam & kesukaran bernafas yang berulang kali itu, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Keputusan pemeriksaan mengesahkan, bahawa beliau sebenarnya menghidap penyakit lemah jantung iaitu kegagalan jantung berfungsi dengan baik kerana urat di sistem jantung   bermasalah. Empat urat utama iaitu Superior vena cava,  Inferior vena cava, pulmonary atery & pulmonary vein telah tepu. Buat makluman anda setiap urat ini bersambung dengan INJAP SABIT, INJAP TRIKUSPID & INJAP BIKUSPID. Kegagalan urat untuk berfungsi akan menyukarkan pengaliran darah beroksigen & tidak beroksigen diantara jantung dan seluruh bahagian tubuh badan yang lain. Seperti yang anda sedia maklum pengaliran darah yang bersistematik adalah perlu untuk memastikan sistem badan yang lain mampu berfungsi dengan baik.

Lantaran itu, pada tarikh 22.12.05, beliau telah menjalani pembedahan dengan mengambil urat kaki kanan bagi menggantikan 4 urat utama jantung beliau. Pembedahan tersebut AlhamdulilLah telah berjaya, manakala masalah sesak nafas dan sakit dada dapat juga diatasi. Walau bagaimanapun keseluruhan anggota badan masih agak lemah dan pucat. Berat badan beliau sehingga bulan Oktober 2006 hanya sekitar 46 kg. AlhamdulliLah setelah meminum Minyak Kelapa Dara + Habbbatus Sauda  (VCOHS), 1 sudu setiap pagi dan 1 sudu setiap petang selam 2 bulan, selera makan meningkat dan badan terasa lebih segar serta lebih bertenaga. Kini pada Februari 2007 berat badan Utz. Samsudin telah meningkat ke 51 kg. Wajah beliau yang sebelum ini kuning pucat, bertukar lebih bermaya dan ceria seperti yang dipaparkan dalam gambar.

 

Jeragat & kesan campak

 

Nama : Sawiah

Alamat :Pekan Parit Baru sabak Bernam Selangor

Penyakit : Jeragat & kesan campak

Makcik Sawiah pada mulanya ingin membeli produk kecantikan wajah (untuk menghilangkan jeragat) di salah satu butik kecantikan  terkenal. Sementara menunggu giliran beliau bersembang dengan sorang wanita, wanita itu bersembang mengenai parut kesan demam campaknya pulih dengan menggunkan minyak kelapa dara keluaran bio-asli, wanita itu mebuktikan kata-kata beliau dengan menunjukkan kesan parut yang semakin pudar, mendengar hal iaitu mak cik sawiah mencari kesempatan untuk ke syarikat desaku bagi mendapatkan produk tersebut, setelah menggunakan produk tersebut ternyata kata-kata wanita itu benar belaka, masalah jeragat semakin berkurang dan semakin hilang dengan penggunaan minyak kelapa dara Bio-Asli.

 

 

Kes : Sakit Psicrosis ( genetik )- Kulit menjadi bertompok seperti kurap  & gatal

 

Nama : Dirasiakan

Alamat : Sg Besar

Pengguna merupakan salah seorang pendidik di daerah sabak bernam, beliau telah sekian lama (dari kecil)  mengidap sejenis sakit kulit dari genetik yang bermasalah ( lebih 20 tahaun).  Beliau telah menemui ramai doktor pakar kulit untuk mungubati penyakit beliau.

Sewaktu menerima rawatan di   Hospital Besar KL bahagian sakit kulit, pakar mengesahkan beliau mengalami sakit genetik, penyakit berpunca genetik memang diketahui umum agak sukar untuk di sembuhkan. Selepas itu beliau membuat rawatan susulan di hospital kerajaan GH KL, beliau telah dihantar untuk rawatan alternative, di sana beliau telah bertemu dengan Dr.Kadir B. Hussin, Dr.kadir menjelaskan symptom yang berlaku pada penghidap penyakit psicrosis ialah kulit berkerak, menebal, kering dan mengelupas,

 Ketika mendapat rawatan dari Dr.kadir beliau telah memberikan 1 botol minyak dan menyarankan agar ianya diminum 2 kali sehari dan disapu pada bahagian yang bermasalah. Pada peringkat awal penggunaan kulit yang berkerak bertukar  menjadi merah, lama-kelamaan ianya menjadi semakin kecil dan akhirnya dengan penggunaan yang rutin, kurap beliau semakin pulih. Setelah perubahan yang menakjubkan ini beliau bertanyakan apakah minyak ajaib yang telah di berikan tersebut, rupa-rupanya minyak tersebut hanyalah minyak kelapa dara.

 

 

Kes  : Resdung

 

Resdung..!

Kecantikan ku terjejas kerananya, Syukur kini ada penawarnya
 ya Tuhan ku. Minyak Kelapa Dara Pure + Habbatus Sauda (Baru)...Bio-Asli
 

Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung,  kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala  ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.

Menurut Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, Pakar telinga, hidung, dan tekak Hosital Pusrawi, Kuala Kumpur, sekiranya resdung dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Disamping pesakit resdung diurus secara yang baik, pengambilan Minyak Kelapa Dara samada Pure atau + Honey dalam pemakanan  akan dapat membantu daya tahan tubuh terhadap bakteria yang menyerang bahagian hidung dan rongga-rongga didalam tulang muka atau serangan virus yang berasal dari selesema biasa terhadap lapisan dalam hidung dan sinus.

Dari beberapa perakuan testemoni pengguna yang menggunakan /menyapukan  Minyak Kelapa Dara pada seluruh bahagian muka dan telinga, disamping mengamalkan meminumnya setiap hari, mendapati mereka tidak lagi mengalami sebarang tanda serangan berulang. Dan yang paling menggembirakan mereka ialah mereka tidak perlu lagi mengambil ubatan yang selama ini menjadi rutin bulanan mereka.

 

 

20 Tahun derita mengidap resdung.

 

Nama saya Ishak Bin Basiran, Pengasas syarikat Desaku Trading, Teknologi Desa Hijau Sdn.Bhd (kilang minuman jus ) dan Mudah Niaga Ent. (Kilang Elektronik ), bekas seorang jurutera kanan syarikat multinasional Jepun dan Korea. Saya mula mengidap resdung  secara ketara pada tahun 1986 (tingkatan 5). Diantara gejala awal ketika itu ialah selalu bersin pada waktu pagi , ketika cuaca sejuk dan terkena kipas angin. Memang memeritkan kerana saya terpaksa membawa saputangan atau kertas tisu setiap hari untuk mengelap lelehan hingus , mata gatal dan berair serta selalu sakit kepala , disamping nafas yang berbau, tidak menyenangkan. Keadaan tersebut berlanjutan semenjak tahun 1986 sehingga 1995).

Saya pernah berjumpa doktor pakar tekak, hidung dan telinga di sebuah hospital swasta di jalan pelabuhan Klang, beliau menyarankan supaya saya menjalani pembedahan tetapi saya tidak bersedia. Pada pertengahan tahun 1999 rakan saya, seorang guru memberitahu supaya saya mengambil sutikan diprospan di klinik swasta Sabak Bernam kerana beliau juga mengidap resdung dan selepas disuntik setiap 30 hingga 40 hari ianya dapat mengawal alahan resdung tersebut. Semenjak itu saya terus mengambil suntikan diprospan dari 18.11.1999 hingga 27.12.2005. Saya juga difahamkan oleh beberapa orang doktor tentang kesan sampingan akibat mengambil suntikan dicspousprin tersebut, Mereka menasihati  saya supaya  mencari ubat altenatif yang lain kerana kesan sampingan jangka panjang diprospan boleh mengakibatkan reput tulang, kerosakan pada buah pingang dan pancreas. Jika diambil secara berterusan selama bertahun-tahun boleh mendatangkan risiko mengidap darah tinggi dan kencing manis.

Saya pernah bertanya doktor apakah diprospan? Doktor menjelaskan diprospan ialah sejenis dadah steariods yang dihasilkan secara 'synthetic' bagi membantu menguatkan daya tahan penyakit di mana ia bertindak sebagai 'antibody'. Kenapa saya memerlukannya? Doktor memberitahu 'antibody' badan saya semakin lemah dan beliau menasihati supaya banyak memakan sayuran serta  berpantang beberapa jenis makanan laut untuk mengawal gejala resdung. Dalam pada itu berbagai ubat dan makanan kesihatan telah saya cuba, namun resdung  tetap tidak juga sembuh.

Lebih malang lagi ,setelah hampir 5 tahun mengamalkan suntikan, pada tahun 2003 saya disahkan mengidap darah tinggi      ( sistolis 105 dan distolis 150) . Doktor mewajibkan saya memakan ubat atnolol 50gm setiap hari bagi mengawal tekanan darah tinggi. Bayangkan betapa kecewanya saya, sedangkan bapa dan ibu saya sudah berumur 70 tahun lebih, tidak mengidap darah tinggi atau kencing manis.

Sekitar  awal tahun 2005 saya menghadapi satu lagi masalah keguguran rambut yang pastinya jika tidak di atasi, kepala saya akan jadi botak. Pusing keliling cari ubat, macam-macam petua dah cuba tetapi tidak berhasil. Akhirnya pada satu majlis kenduri kahwin di Sabak Bernam saya bertemu kawan lama yang suatu ketika dahulu berkepala botak (licin) tetapi kini sudah berambut walaupun masih jarang-jarang. Beliau mengesyorkan kepada saya menggunakan 'minyak kelapa' yang beliau gunakan dan hasilkan sendiri. Setelah 3 bulan mencuba, masalah rambut gugur jadi minima. Beliau telah mengajar saya cara membuatnya, alangkah terkejutnya saya rupa-rupanya minyak yang saya pakai itu ialah Minyak Kelapa Dara setelah saya bertanya dengan seorang Prof. Dr di satu ekspo bertempat di Kuala Lumpur walaupun ketika itu kualitinya agak kurang sedikit.

Bermula dari detik itu saya terus membuat kajian demi kajian dan berbagai percubaan untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang berkualiti tinggi kandungan lauric acid dan capric acidnya. Akhirnya saya berjaya menghasilkan minyak yang berkualiti lalu saya namakannya Minyak Kelapa Dara Bio-Asli.

Dari kajian dan pembacaan di internat terlalu ramai pakar-pakar kesihatan memperakui akan khasiat dan kehebatan bagi sesiapa yang meminum atau menggunakan Minyak Kelapa Dara. Ia akan membantu meningkatkan tahap metabolisma dan daya tahan penyakit. Manakala jika disapukan pada kulit tubuh boleh memembunuh berbagai jenis virus, bakteria, kulat dan protozoa. Malahan kulit akan menjadi lebih halus dan segar.

Bermula Oktober 2005 saya mengamalkan secara efektif meminum 2 sudu teh selepas sarapan pagi dan 2 sudu teh setelah makan pada waktu petang . Manakala  untuk kegunaan luaran saya  menyapukannya 2 kali sehari pada waktu pagi dan selepas sembahyang isyak pada waktu malam di seluruh kepala bermula dari dahi, pipi, hidung, telinga luar dan dalam serta rambut sehingga minyak mencecah kulit kepala.(jangan bimbang ia tidak berasa berlengas kerana molikul minyak Kelapa Dara sangat halus dan mudah menyerap ke dalam kulit. Anda akan berasa selesa dan segar seperti menggunakan air  tapi awas jangan terkena mata, agak pedih sedikit tapi tidak bahaya malahan jika anda sakit mata boleh gunakannya sebagai ubat mata ia akan membunuh kuman, untuk sakit mata seeloknya guna sebelum tidur malam).

Setelah tekun mengamalkannya, hasilnya sangat menakjubkan. Saya hampir tidak percaya penyakit resdung yang saya tanggung selama hampir 20 tahun kini menunjukkan tanda-tanda untuk pulih. Saya tidak perlu lagi mengambil suntikan dicspousprin yang kebiasaannya perlu saya ambil sekitar 30 hari ke 40 hari (sekali suntikan). bagi mengelakkan saya bersin berulang-ulang, badan menjadi gatal, keluar biji-biji halus seperti nasi yang berbau masam disekitar hidung, dahi ,dagu, celah cuping telinga dan kulit kepala manakala tekak, dan di dalam hidung akan  menjadi bengkak dan gatal serta berkahak berbau dan berwarna keperangan. Syukur kepada Allah s.w.t kerana menemukan saya penawar penyakit yang saya cari selama ini. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Besar dan Maha Berkuasa dan tiap-tiap sesuatu akan tunduk kepadaNya. Yakinlah setiap penyakit itu ada ubatnya hatta Aids melainkan kusta dan kematian.

Dengan iklas saya ingin berkongsi kegembiraan ini bersama anda semua. Alhamdulillah saya mendapati diri saya serasi dengan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli ini. Anda....... saya tidak pasti, tetapi tidak rugi jika anda mencubanya, malahan ia tidak menggandungi sebarang bahan toksin atau kimia yang banyak digunakan dalam ubat-ubatan moden. Minyak Kelap Dara ini 100% organik, tiada campuran lain.

Bagi tekanan darah tinggi yang saya alami, saya masih meneliti dan merekodkan bacaan tekanannya. Saya menjangkakan akan dapat melihat dan mengetahui keputusannya sekitar selepas 6 bulan pengambilannya (meminumnya). Sesungguhnya segala fakta yang saya paparkan adalah benar berlaku pada diri saya .Jika anda ragu ,anda boleh menghubungi saya di talian 03-32138046 -Ishak Bin Basiran.

Berikut ialah jadual tarikh saya mengambil suntikan diprospan :

 
Bil Tarikh Jarak Hari
1 18/11/99 0
2 22/1/2000 34
3 11/3/2000 48
4 27/4/2000 47
5 29/6/2000 63
6 26/8/2000 58
7 11/10/2000 46
8 25/11/2000 45
9 3/1/2001 39
10 8/3/2001 64
11 14/4/2001 37
12 26/5/2001 42
13 21/7/2001 56
14 15/9/2001 56
15 1/10/2001 16
16 11/12/2001 71
17 5/2/2002 56
18 23/4/2002 77
19 4/6/2002 42
20 14/7/2002 50
21 20/8/2002 36
22 15/10/2002 26
23 27/11/2002 43
24 12/1/2003 46
25 16/2/2003 35
26 26/3/2003 38
27 26/4/2003 31
29 20/5/2003 24
29 25/6/2003 36
30 Hilang Record Nil
31 Hilang Record Nil
32 Hilang Record Nil
33 2/10/2003 Nil
34 15/11/2003 44
35 31/12/2003 46
36 11/2/2004 42
37 9/3/2004 26
38 4/4/2004 26
39 10/5/2004 36
40 14/6/2004 35
41 Hilang Record Nil
42 Hilang Record Nil
43 Hilang Record Nil
44 10/10/2004 Nil
45 20/11/2004 41
46 25/12/2004 35
47 3/2/2005 40
48 12/3/2005 37
49 23/4/2005 42
50 28/5/2005 35
51 4/7/2005 37
52 18/8/2005 45
53 20/9/2005 33
54 16/11/2005 57
55 27/12/2005 41

 

 

Kes : Kurang Bertenaga (Tarikh : 5/03/2007)

 

PERAKUAN KHAS                 : KHASIAT & KEUPAYAAN PENYEMBUHAN

                                         PRODUK Bio-Asli Desaku.

 PRODUK                            : MINYAK KELAPA DARA  + HABBATUS SAUDA�

                                        (VCO+HABBATUS SAUDA�)

 NAMA                               : EN. AHMAD BIN UTEH

 ALAMAT                            : NO. 6, KEDAI GUNTING RAMBUT MELATI,

                                                     DEPAN BEREK POLIS, JALAN BESAR,

                                                    45300 SG. BESAR,

                                                   (Tel: 016 - 966 7778)  

PERAKUAN                         :  Pada mulanya saya menyertai Desaku Bio-Asli hanya suka-suka, kerana keahliannya percuma, mendapat laman web (juga percuma), disamping kemudahan dalam berurusan melalui sms dan internet. Bagaimanapun saya cuba menggunakan produk kelapa dara + habbatus sauda�, mengikut peraturan yang disebutkan. Selepas habis 1 botol, banyak masalah yang saya hadapi selama ini, terasa beransur-ansur pulih. Kalau dahulu saya hanya mampu membaca Al-Quran secara berlagu sekitar 10 minit, tapi kini saya mampu membaca lebih lama, sehingga mencapai sekitar 30 minit tanpa henti. Suara terasa bersih, pernafasan lancar dan sangat melegakan. Sementara pembuangan najis juga selesa serta lancar dan bahagian kulit yang saya sapukan dengannya juga menunjukkan perubahan, semakin halus dan gebu.

 Sebagaimana lelaki lain, saya juga tidak terkecuali dari mencuba minyak power 31��.� huuuuh �.��itulah gambaran kehebatannya. Sukar untuk menterjemahnya dengan kata-kata. Namun secara mudahnya saya ingin nyatakan pelayaran lebih jauh, sementara nakhoda bersama kelasinya sampai ke destinasi dengan ukiran senyum penuh makna gambaran satu kemuncak kepuasan yang tidak terhingga.

 Alhamdulillah�..secara jujur, saya bersyukur, dapat bertemu produk yang sesuai untuk kesihatan dan untuk keharmonian rumahtangga. Kini saya menjadi stokis Desaku Bio-Asli, bagi tujuan menjana pendapatan, dan yang terpenting, sebagai memenuhi tuntutan FARDHUN KIFAYAH masyarakat Islam setempat.

 Kepada sesiapa yang ingin maklumat dan ingin menjadi ahli Desaku Bio-Asli boleh juga berhubung dengan saya.

 

 

Penyakit : Batuk & Sukar Bernafas

 

Nama :Hj. Sidang

Alamat : Kg. Sg Tengar Sabak Bernam Sel

Pada asalnya ayah saya merupakan seorang yang sihat walaupun umurnya sudah agak berusia, namun selepas jatuh dari katil, kesihatan ayah saya agak terjejas, beliau sering batuk dan mengalami kesukaran untuk bernafas, menurut ayah saya ketika jatuh sikunya telah terhentak pada rusuknya, beliau juga merasa sakit di kawasan yang terhentak itu setiap kali batuk. Selepas mendengar cerita ayah, saya dan isteri membawa ayah untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital, alhamdulillah tiada keretakan atau kecederaan di bahagian tersebut,

Selepas sesi rawatan di hospital keadaan ayah saya tetap tidak berubah, teringat cerita tentang kehebatan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli dari seorang teman, saya terus menelefon pihak syarikat dan bertanyakan produk yang sesuai, mereka mencadangkan saya menggunakan Minyak Kelapa Dara + H.Sauda (VCOHS), pada peringkat awal pengguanaan ayah saya tetap batuk, bezanya cuma batuknya tidak seperit dulu dan sakit di rusuk yang terhentak juga turut berkurangan, kesan dari penggunaaan yang rutin kesakitan ayah saya pulih hampir sepenuhnya malahan ayah saya lebih ceria dan bertenaga dari sebelumnya.

 

 

Testimoni: Ali Bin Hudzori ; Tmn Seri Nakhoda Omar, B.N.O

Sakit kulit melecur dan berjangkit - Asrama sekolah

 

Saya seorang pelajar tingkatan enam, dan tinggal di asrama yang persekitarannya adalah ladang kelapa sawit. Adalah menjadi 'rutine' pelajar asrama menjalani 'prep' pada waktu malam. Cahaya terang dalam kelas di mana kami belajar, rupanya mengundang berbagai jenis serangga yang berbagai ke dalam bilik yang sama. Sejenis serangga terbang, kecil seperti 'Semut  Selangor', tetapi ekor berwarna seperti tebuan menjadikan saya dan kawan-kawan gelisah. Gigitannya perit dan meninggalkan kesan ruam dan kemudian bertukar kepada keadaan melecur yang teruk. Kebetulan  cuti hujung minggu sewaktu balik kerumah keadaan saya disedari oleh jiran, yang kemudian mengsyorkan untuk menggunakan minyak kelapa dara (Pure) sebagai ubat sapu. Sekitar seminggu keadaan kulit saya pulih seperti sediakala. Begitu juga kawan-kawan asrama saya yang turut sama menggunakannya.

 

 

Testimoni: Mohammad ; Bt 1 Jln Feri Sabak Bernam

 

Anak saya berumur 8 tahun. Kegemarannya memancing ikan dan mencari 'spider' untuk peliharaan. Keadaan ini mendedahkannya kepada risiko gatal dan sakit kulit. Januari 2006 ia mengalami kudis yang agak teruk pada betis dan peha. Seperti yang dimaklumi oleh semua orang ubat yang biasa terdapat di pasaran hanyalah ubat sapu dan krim...... tak tau berapa puluh jenis yang telah saya gunakan untuk anak saya. Akhirnya  seorang kawan  mencadangkan saya untuk mencuba minyak kelapa dara (Pure) sebagai ubat sapu. Kini (19hb Jan 2006) kudis anak saya telah sembuh, dan saya tidak perlu berbelanja lebih untuk ubat-ubatan lain, dan penggunaannya (minyak kelapa dara) pun sangat menjimatkan

 

 

Testimoni : Hafizah; Sepintas, Sabak Bernam

 

Sepintas, tempat tinggal saya adalah sebuah kampung yang kebanyakan tanahpersekitarannya adalah terdiri dari kebun kelapa atau kelapa sawit. Keadaan redup dalam kebun tersebut menjadi habitat kegemaran nyamuk. Gigitan nyamuk adalah satu perkara yang mustahil untuk dielakkan, samada siang atau malam. Kadang-kadang gigitan nyamuk tersebut meninggalkan kesan bintik-bintik merah dan menjadikan kulit sentiasa gatal. Keadaan tergaru-garu membuat saya kadang-kadang merasa malu. Mujur terlintas difikiran saya untuk mencuba Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) yang ada dalam simpanan ayah, sebagai ubat sapu. Kini saya lega, kegatalan serta kesan gigitan nyamuk tidak lagi menjadi masalah saya. Lebih menarik lagi kulit saya kelihatan halus dan segar semula.

 

 

Testimoni:  Adam; Tmn Seri Nakhoda Omar, B.N.O   

 

Anak saya berumur 9 bulan mengalami ruam pada kulit yang teruk. Seluruh anggotanya dipenuhi ruam dan ia sentiasa dalam kegatalan. Keadaannya bertambah parah bila ia berpeluh. Waktu malam ia sentiasa merengek atau menangis yang mengakibatkan saya suami isteri tidak dapat tidur, dan terpaksa bergilir berjaga untuk melayaninya. Keadaan berlanjutan beberapa minggu dan segala ubat sapu dan krim yang saya beli samada dari farmasi dan klinik tidak mendatangkan apa-apa kesan. Akhirnya seorang jiran yang prihatin dan tersedar akan tangisan anak saya yang berterusan waktu malam mengesyorkan saya untuk menggunakan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) sebagai ubat sapu. Alhamdululillah syukur selepas dua hari ruam kulit anak saya hilang samasekali.

 

 

Testimoni : (Minta nama tidak disiarkan) Sg. Besar, Selangor.

  Saya seorang  peniaga. Banyak sudah wang saya laburkan untuk perniagaan saya. Masalah datang bertimpa-timpa, seakan tiada kesudahannya. Namun bayang-bayang untung dan kejayaan masih tidak kelihatan. Disamping perniagaan  banyak perkara lain yang terpaksa saya fikirkan, termasuk keluarga dan anak-anak yang bertebaran tinggal di asrama (termasuk pembelajarannya, perbelanjaannya, serta keselamatannya). Kadang-kadang tidur tidak nyenyak dan selalu terganggu  oleh mimpi-mimpi yang menekan perasaan. Pada peringkat awal kesan ketara yang saya alami ialah  rambut secara keseluruhannya menjadi halus seperti rambut bayi diikuti keguguran rambut yang teruk. Cuma dengan sekadar usapan pada kepala sudah cukup untuk rambut saya gugur. Akhirnya saya dapati bahagian atas kepala saya sudah mula kelihatan kulit, dengan rambut yang sudah terlalu jarang. Risau dengan keadaan tersebut saya berikhtiar mencari penawar. Mujur saya terjumpa Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure dan + Honey) Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) saya sapukan di kepala setiap malam sebelum tidur dan minyak kelapa dara + madu saya minum satu sudu setiap hari. Kini rmasalah rambut gugur saya telah selesai dan secara kseluruhannya rambut saya sudah segar kembali sepertimana ketika saya remaja dahulu - bilah rambut kerasi serta hitam bersinar kembali.

 

 

Testimoni : Pesakit Jantungnya.

 

   

TESTIMONI & KES DALAM PENGENDALIAN PROF. JON J. KABARA

Prof. Jon J. Kabara head of Biochemistry and Pharmacologi of Michigan State University.

 Berikut adalah kenyataan Prof. Jon J Kabara terhadap pesakit jantungnya.

 �  Maria, seorang penghidap sakit jantung, diberitahu oleh doktor pakarnya, (ahli kardiologi) bahawa dia hanya mempunyai masa sekitar lima tahun untuk hidup. Diantara salah satu gejala umum sakit jantungnya adalah cardiac arrhythmia, dimana degupan jantungnya berlaku tidak teratur. Arrhytmianya begitu parah sehingga doktor mendesak agar dia memasang pacemaker yang diimplan atau di tanam di dalam dadanya. Dia menolak kerana masih ingin mencuba beberapa kaedah yang lebih alami, tetapi gejalanya tetap sama bahkan semakin buruk. Saya memberitahunya tentang minyak kelapa dara dan dia mulai mengkonsumsinya seperti suplemen lain. Diminum 4 sudu makan setiap hari. Hasil pada hari pertamanya dia melapurkan bahawa arrhytmianya menurun sebanyak 50%. Dia memberitahu dan mengakui bahawa keadaan ini merupakan degup jantung yang paling rendah dan perlahan yang pernah dia rasakan  sejak sekian lama. Dia memperakui bahawa dia tidak pernah menemui sebarang ubat sedemikian baiknya. Sehingga kini dia terus mengkonsumsi minyak kelapa dara dan jantungnya berfungsi dengan secara lebih normal �.

 

 

Testimoni: (Minta nama tidak disiarkan) Seksyen 3, Shah Alam

 

Saya seorang jurutera lulusan sebuah universiti Jepun. Isteri saya juga seorang warga negara Jepun yang sangat peka tentang pemakanan dan ubat-ubatan dalam keluarga. Sedapat mungkin segalanya mestilah benar-benar dari hasilan organik. Terbaru anak kecil saya mengalami ruam pada kulit. Isteri saya enggan memberikan ubat sapu yang saya perolehi dari klinik berhampiran. Saya bimbang, kalau penyakit kulitnya bertambah parah. Mujur saya menemui Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) yang sesuai dengan cita rasa dan kehendak isteri saya. Hasilnya tidak mengecewakan.

 

 

Penyakit : Masalah Ginjal / Kencing Tak Lawas

 

Nama : En.Aziz

Alamat :Bukit Canggang Sel.

Saya merupakan seorang pemandu dan ianya membuatkan saya sering balik lewat malam. Kerja yang berat dan kurang tidur menjadikan badan saya sering letih dan lesu, saya juga sukar untuk bangun pagi, Jari saya juga menjadi pecah-pecah akibat mengangkat barang yang berat, selain itu tumit saya turut pecah malahan buku lali saya menjadi kematu. Yang lebih merisaukan saya ialah saya menghidapi penyakit kencing tidak lawas.

Keletihan yang saya alami menjadikan tangungjawab saya sebagai suami menjadi sedikit terabai, hubungan saya dan anak-anak juga agak renggang. Lama-kelamaan saya sedar bahawa saya mesti menjaga kesihatan saya untuk memastikan keluarga saya sentiasa bahagia.

Dengan mendengar perbualan dari rakan-rakan mengenai khasiat minyak kelapa dara Bio-Asli saya terus membeli Minyak Kelapa Dara + H.Sauda keluaran syarikat ini. Selepas meminum minyak tersebut saya mendapati saya tidak lagi mengalami kencing tidak lawas, badan semakin sihat dan bertenaga, tidak lagi mengantuk ketika memandu, tidur lebih lena & kemampuan seksual saya juga semakin meningkat. Selain dari minum saya turut menyapu minyak kelapa dara + h.sauda (VCOHS) di kulit saya yang bermasalah, Alhamdulillah jaringan kulit saya semakin pulih dan tiada lagi bahagian yang pecah-pecah.