Program Global : Indonesia, Singapore, Brunei, Malaysia  | Home | Syarikat | Sistem | Produk | Blog |
Nasly binti Mohamed Ali
naslyma[at]gmail.com
hp: 0193606662 / 0169350170


Pendaftaran_Percuma
Sistem Penajaan
Plan Pemasaran
Plan World Pool
Testimoni Produk

Produk
Minyak Kelapa Dara
Habbatus Sauda
Madu
Mascotek + Stevia
Suami Power

    MENGAPA Bio-Asli?
  • produk organik berkhasiat tinggi
  • harga berpatutan
  • bonus walaupun satu kaki
  • bonus dikira setiap hari
  • bonus world pool
  • hadiah setiap pembelian dua produk
  • tiada yuran keahlian
  • sistem penajaan randomiser
  • pos percuma

  •  
Hebatus Sauda

HABBATUS SAUDA�
(BIJIRIN HITAM)
(BLACK SEED)
Habbatul barakah ~ The seed of blessing


Hadith Sahih berkenaan Habbatus Sauda
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
�Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda� boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam�. Aku bertanya. �Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, �Al-Sam itu ialah maut�
Riwayat Imam Bukhari.

PENGENALAN

Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India, . Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis �inflated capsule� terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau �pungent� yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda�. Ia mempunyai rasa �pungent bitter�.

Nigella Sativa yang lebih dikenali sebagai Jintan Hitam / Habbatus Sauda, telah digunakan sejak beribu tahun yang lalu di Timur Tengah sebagai penawar bagi membekalkan nutrisi kepada sistem pertahanan tubuh. Secara semulajadinya, ia bertindak di atas prinsip membantu tubuh di dalam proses penyembuhan pelbagai jenis penyakit dan mengekalkan kesihatan pada tahap fizikal, mental, emosi bahkan spiritual. Kombinasi nilai nutrisi dan perubatan jintan hitam / Habbatus Sauda bukan sahaja membantu melegakan kesakitan dengan segera, bahkan turut meningkatkan keupayaan tubuh bagi melawan sebarang serangan penyakit atau jangkitan.

Rahsia Jintan Hitam / Habbatus Sauda terkandung di dalam sifat-sifat penyembuh utamanya lebih menarik dibentangkan melalui hasil kajian dan penemuan terkini. Ia bukan sahaja memiliki nilai nutrisi bahkan juga menguatkan sistem imun, anti-alahan, anti-ketumbuhan, anti-bakteria, anti-keradangan selain daripada merangsang antibiotik semulajadi. Jintan Hitam / Habbatus Sauda boleh juga diambil sebagai penawar kepada batuk, asma, diabetes, cirit-birit, sakit telinga, kesakitan mata, senak perut, keguguran rambut, sakit kepala, demam, hipertensi, insomnia, kesakitan otot, rasa loya dan muntah, alahan kulit dan sakit gigi.



KLASIFIKASI SAINTIFIK

 Nigella sativa tergolong dalam kelas Magnoliophyta, oder Ranunculales, famili Ranunculales, genus Nigella dan species N.sativa.

 

Klasifikasi saintifik

 

 Kingdom  : Plantae
Division : Magnoliophyta
Order  : Ranunculales
Famili  : Ranunculales
Genus : Nigella
Species : N.sativa

 

   Dalam bidang botani ia dipanggil Nigella sativa.

 

KOMPOSISI KIMIA

.

 

Biji habbatus sauda� mengandungi 1.5% minyak teruap, sementara 37.5% minyak tak teruap. Disamping itu ditemui juga albumen, gula, asid organic, dan glucoside melanthin metarbin.

 

KOMPOSISI MINYAK.

 

Habbatus sauda� mengandungi kandungan asid lemak essential yang tinggi yang sangat mustahak untuk kesihatan optima tubuh. Asid ini  tidak boleh diproses guna  (disintesis) oleh tubuh badan dalam jumlah yang mencukupi. Oleh itu kehadirannya dalam habbatus sauda� sangat bermanaafat jika diambil untuk membantu tubuh mendapatkan sumber kesihatan.

 

Persediaan perubatan mengandungi linoleic dan linolenic asids telah digunakan secara meluas untuk merawat menurunkan paras kolesterol darah, eczema, dan penyakit kulit, tekanan pra-haid, berbagai tumor, penyakit pembekuan darah (arterio-thrombotic diseases), rheumatoid arthritis dan sclerosis.

 

 

  

ANALISA VOLATILE OIL

 Analisa  ke atas kandungan volatile oil (essential oil) di dalam habbatus sauda� memperlihatkan kandungan bahan-bahannya telah terbukti berkesan memberikan tindakbalas berikut. Bijinya yang mengandungi satu daripada empat volatile oil mengandungi komposisi berikut  :-

 

 Keputusan Analisa Volatile Oil

 

Volatile Oil

Peratus (%)

Sifat-sifatnya

Cymene

32 %

Digunakan kerana keupayaannya bertindak menghilangkan sakit pada pengidap rheumatism

Pinene

3 %

Jika termakan boleh memberikan sedikit kesan expectorant dan kesan colic. Jika digunakan pada bahagian luaran ia memberikan kesan seperti Cymene.

Carbony

25 %

Mempunyai keupayaan sebagai antiseptic dan antibiologikal. Dari ujian lanjut ia disahkan berkesan terhadap organisma gram-positif dan juga organisma gram negative.

Carvone

0.05 %

Diketahui mempunyai sifat anti-colic dan flatulence.

Limonene

27 %

Berkesan dalam rawatan batukarang

Nigellon

semohiprepinon

1.5 %

Bila disapukan di dada atau terhidu ia meluaskan saluran pernafasan, menyerap kesakitan yang berpunca dari pengecutan muskular semulajadi (cramps ~ painful involuntary muscular contraction), meningkatkan suhunya, sekaligus mengurangkan kesan akibat bronchial athma dan batuk. Ia juga menghalang pengeluaran histamine

Thymochinon

 

Ia menghalang infeksi, menghilangkan kesakitan, merangsang gall bladder dan berperanan sebagai anti oksidan

 

KANDUNGAN BIOKIMIA

 

 

Secara ringkas kandungan biokimianya adalah seperti berikut:-

 

Alanine

Arginine

Asid askorbik

Asparagine

Campesterol

Carvone

Cimene

Cystine

Asid dehidroaskorbik

Thimohidroquinone

Alpha spinasterol

Asid eicosadienoik

Glucose

Asid Glutamik

Glicine

Iron

Isoleucine

Leucine

D-limonene

Lipase

Asid linoleik

Asid linolenik

Lisine

Methionine

Asid miristik

Nigellin

Asid oleik

Asid palmitik

Phenilalanine

Phitosterols

Potassium

Beta-sitosterol

Asid stearic

Alpha spinasterol

Stigmasterol

Tannin

Threonine

Thimohidroquinone

Thimoquinone

Triptophan

 

SIFAT-SIFAT PHARMAKOLOGI dan TOXIKOLOGI HABBATUS SAUDA�

 

 Tindak balas pharmacologi ekstrak biji habbatus sauda� (seperti sebahagian komponen aktifnya seperti volatile oil dan thimoquinone) dilapurkan memberikan kesan perlindungan terhadap nephrotoxicity (kesan komplikasi toksik pada buah pinggang) dan hepatotoxicity (kesan komplikasi toksik pada liver) akibat samada dari penyakit atau sumber kimia. Biji dan minyaknya dilapurkan mempunyai aktiviti-aktiviti seperti anti-inflammatory, analgesik, antipyretik, antimikrobial dan antineoplastik. Minyaknya mengurangkan tekanan darah tinggi dan menambah baik pernafasan. Perawatan ke atas tikus dengan menggunakan ekstrak biji habbatus sauda� selama masa 12 minggu telah menemukan hasil perubahan haemogram yang meliputi penambahan packed cell volume (PCV) dan haeglobin (Hb) dan penurunan dalam  kepekatan plasma kolesterol,triglycerides dan glucose. Bijinya disifatkan sebagai sangat rendah dalam kandungan toksiknya. Pemerhatian ke atas ekstrak dan minyaknya telah menunjukkan ia tiada kesan negative terhadap hati dan buah pinggang. Namun kesan berguna dalam penggunaan biji dan thymoquinone ialah ia mempunyai keupayaan sebagai antioksidan dan cytoprotectif, juga kesannya ke atas setengah punca inflammation

LOGIN MEMBER



daftar percuma
Belian online dan Semak komisyen


hpa online biz
. . . . mai secawan .








Improve Your Vision Naturally Without Glasses, Contacts, or
 Surgery! Click Here To Find Out More...
Disclaimer : Website ini bukanlah milik syarikat MLM terbabit tetapi dimiliki oleh penaja untuk menjalankan pemasaran melalui internet. Peluang pendapatan adalah bergantung kepada usaha ahli sendiri.